Syukur atas nikmat ALLAH.
Sykur atas nikmat ALLAH, keatas kita kerana masih memberikan kita kesempatan untuk hidup lagi hari ini, selawat dan salam kita kirimkan kepada Rasulullah yang telah memperjuangan agama islam, yang membawa cahaya dan melenyapkan kegelapan jahiliyyah,
Alhamdulillah setelah lebih lapan bulan ana di indonesia, ALLAH telah mentakdirkan untuk ana menulis di atas blog ini, perlu diketahui bahawa ana di indonesia dalam rangka meneruskan pelajan ana, dan Alhamdulillah ALLAH memudahkan nya bagi ana,dalam rangka belajar inilah ana mendapat suntikan semangat yang sangat besar apalagi ana berada di pondok yang diberi nama 'HIDAYATULLAH', melalui semangat pembina pondok ini, maka dapatlah diketahui bahawa yayasan ini berjaya dalam dakwahnya,
Disini ada diterapkan satu cara atau yang dipanggil disini metode, metode ini adalah "SNW"
iaitu 'sistem nuzulnya wahyu' dan inilah yang diterapkan selama tiga puluh tujuh tahun, sehingga hari ini dan hidayatullah telah tersebar di seluruh indonesia, dan kader-kadernya telah mencapai cara hidup seperti mana yang dikehendaki oleh syariat islam,
mungkin tidak terlalu berlebihan ana mengatakan bahawa inilah satu jamaah islam di indonesia yang dapat menyatukan indonesia, bahkan salah satu metode pembelajaran disini adalah : KAMI MENDENGAR DAN KAMI TAATI; selagi mana pimpinan tidak menyuruh kepada kesesatan,
dan tidak fanatik dalam bermanhaj, selagi mana sesuai dengan AL-QUR'AN DAN HADIST.
Bagi teman-teman yang membaca blog ini harap diketahui, bahawa ini hanyalah pandangan ana secara peribadi dalam memyikapi apa yang ana lihat dan dengar disini,untuk meyakinkan saudara atau teman-teman haruslah datang sendiri untuk menilainya, kerana setiap manusia itu mempunyai persepsi yang berbeza tentang segala sesuatu,
Mohon dimaafkan sekiranya terdapat kata-kata yang berbauh penyanjungan yang berlebihan,atau lainnya....
WASSALAM