Budak Pondok

Syukur atas nikmat ALLAH.

Sykur atas nikmat ALLAH, keatas kita kerana masih memberikan kita kesempatan untuk hidup lagi hari ini, selawat dan salam kita kirimkan kepada Rasulullah yang telah memperjuangan agama islam, yang membawa cahaya dan melenyapkan kegelapan jahiliyyah,
Alhamdulillah setelah lebih lapan bulan ana di indonesia, ALLAH telah mentakdirkan untuk ana menulis di atas blog ini, perlu diketahui bahawa ana di indonesia dalam rangka meneruskan pelajan ana, dan Alhamdulillah ALLAH memudahkan nya bagi ana,dalam rangka belajar inilah ana mendapat suntikan semangat yang sangat besar apalagi ana berada di pondok yang diberi nama 'HIDAYATULLAH', melalui semangat pembina pondok ini, maka dapatlah diketahui bahawa yayasan ini berjaya dalam dakwahnya,
Disini ada diterapkan satu cara atau yang dipanggil disini metode, metode ini adalah "SNW"
iaitu 'sistem nuzulnya wahyu' dan inilah yang diterapkan selama tiga puluh tujuh tahun, sehingga hari ini dan hidayatullah telah tersebar di seluruh indonesia, dan kader-kadernya telah mencapai cara hidup seperti mana yang dikehendaki oleh syariat islam,
mungkin tidak terlalu berlebihan ana mengatakan bahawa inilah satu jamaah islam di indonesia yang dapat menyatukan indonesia, bahkan salah satu metode pembelajaran disini adalah : KAMI MENDENGAR DAN KAMI TAATI; selagi mana pimpinan tidak menyuruh kepada kesesatan,
dan tidak fanatik dalam bermanhaj, selagi mana sesuai dengan AL-QUR'AN DAN HADIST.
Bagi teman-teman yang membaca blog ini harap diketahui, bahawa ini hanyalah pandangan ana secara peribadi dalam memyikapi apa yang ana lihat dan dengar disini,untuk meyakinkan saudara atau teman-teman haruslah datang sendiri untuk menilainya, kerana setiap manusia itu mempunyai persepsi yang berbeza tentang segala sesuatu,
Mohon dimaafkan sekiranya terdapat kata-kata yang berbauh penyanjungan yang berlebihan,atau lainnya....
WASSALAM

Read More......

salam..
Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH,kerana masih memberikan kesempatan kepada ana lagi untuk dapat menulis lagi setelah lama membisu,selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. kerana asbab beliau lah kita dapat menikmati islam yang mejadi pegangan kita hari ini,
Kita sebagai umat Nabi Muhammad seharusnya sentiasa peka terhadap keadaan sekililing kita,ini ana nyatakan kerana baru2 ini,sewaktu ana melayari alam maya ini,ana secara tidak sengaja telah memasuki satu web yang dipelopori oleh orang2 yang membenci islam dan umatnya dan sekaligus oleh orang2 yang telah murtad dari agama islam,
di dalam web itu penuh dengan kata2 yang berbaur penghinaan terhadap islam,cemuhan terhadap nabi muhammad dan lain sebagainya,tapi apa yang menjadi kekesalan ana ialah ada segolongan orang yang telah murtad disebabkan oleh ketidak tahuan mereka terhadap islam,disamping tidak memiliki dasar agama yang cukup mereka juga telah termakan oleh pujuk rayu dan propoganda setengah pihak yang cubah menjelek-jelek islam,dan menghambur fitnah,serta lain sebagainya,
oleh kerana itu ana sarankan agar para pemuda-pemudi islam untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama yang cukup,lebih2 lagi tentang akidah,kerana cubaan dan dugaan di zaman yang serbah canggih ini sangat kuat,dan musuh2 islam juga sentiasa mahu untuk meruntuhkan islam,benarlah apa yang dikatakan oleh ALLAH, 'Sesungguhnya orang2 yahudi dan nasrani itu tidak rela,sehinggah engkau mengikuti agama mereka'
oleh itu wahai saudaraku seagama,marilah kita mempersiapkan diri kita dengan akidah yang teguh, adalah pun laman web yang ana katakan itu adalah"www.faithfredom.com.ana berharap mudah-mudahan kita terhindar dari tipu daya syaitan jin dan manusia,,,

wassalam.

Read More......

salam

Salam...
Setelah lama tidak bertemu ana dapat rasakan satu kekurangan..mungkin disebabkan oleh kejauhan yang terbentang,ana kini telah terbiasa dengan cuaca dan suasana indonesia, mungkin ini lah lumra seorang perantau, bagi rakan-rakan yang tertinggal di sabah, diharap antum semua sihat-sihat sahaja, dan belajar la sungguh-sungguh,
jika ada kesempatan kita akn bertemu kenbali, tapi bukan sekarang, mungkin pada masa yang akan datang, insyaALLAH, ana akan sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama,cukup dulu untuk sekarang ,diharap kita akan dapat sentiasa berhubung....


wasalam

Read More......

Salam...........


Salam.....

syukur alhamdulillah,,kita dapat bertemu kembali setelah lama tak bertemu,,

mungkin rakan-rakan bertanya ana telah kemana,,ana tak kemana-mana, hanya melanjutkan pelajaran kat indonesia..ana melanjutkan pelajaran di madrasah :HIDAYATULLAH: ini adalah madrasah yang mempunyai cabang yang berada di seluruh indonesia,,

HIDAYATULLAH juga mempunyai sejarah yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan madrasah yang ada di indonesia,,ia mempunyai sistem pembelajaran yang teratur dan istimewa,,oleh itu tidak berlebihan jika ana mengatakan bahawa ini adalah madrasah yang ideal untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang agama,,

bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran tentang agama ana syorkan untuk memasuki HIDAYATULLAH,,kerana disini kita akan belajar berislam...sekian dahulu untuk kali

ini...

salam.............

Read More......


Salam..
syukur kita kepada ALLAH kerana dapat bertemu kembali
pada tulisan kali ini, maaf diatas segala kesulitan dan kesalahan yang timbul sepanjang ana membuka blog ini,
pertemuan pasti di akhiri dengan perpisahan, begitulah juga blog ini, blog ini akan ana tutup atau tak update untuk tempoh yang lama disebabkan oleh beberapa sebab yang tertentu.
InsyaALLAH...kita akan dapat bertemu kembali.,ana mohon maaf diatas segala kesulitan..

WASSALAM..

Read More......

menghadap kiblat


Salam...

Syukur kita kepada ALLAH S.W.T. kerana dapat bertemu kembali setelah lama tidak bertemu, maaf diatas kelewatan, disebabkan masalah tertentu baru hari ini ana dapat menulis, baiklah kita teruskan dengan tajuk diatas, Kali ini kita akan membincangkan sambungan daripada tajuk besar kita iaitu tatacara solat berkualiti, tajuk ini adalah tajuk kedua setelah tajuk yang pertama dahulu..iaitu menghadap kiblat.

(MENGHADAP KIBLAT)
DALIL MENGHADAP KIBLAT.
Firman ALLAH S.W.T. yang mafhumnya:

DAN DARI MANA SAHAJA ENGKAU KELUAR (UNTUK MENGERJAKAN SEMBAYANG), MAKA HADAPKANLAH MUKAMU KE ARAH MASJID AL-HARAM (KAABAH) : DAN SESUNGGUHNYA PERINTAH BERKIBLAT ITU KE KAABAH ITU ADALAH BENAR DARIPADA TUHANMU, DAN (INGATLAH ), ALLAH TIDAK SESEKALI LALAI AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.' ( SURAH AL-BAQARAH:149)

Ayat diatas jelas menunjukkan arahan ALLAH S.W.T. utuk mengahadapkan wajah ke arah kiblat ketika solat sama ada ketika bermukim atau pun sedang bermusafir "WAJAH" dalam ayat tadi membawa maksud muka dan tubuh, mata atau dada. sekiranya dalam keadaan bermusafir, terlampau sejuk ( seperti ribut salji, angin sejuk untuk berhadapan dengan kiblat), terikat, bahaya dan darurat-darurat lain, maka solat tetap sah jika tidak mampu menghadap kiblat...demikianlah keterangan daripada kitab FURMULA SOLAT SEMPURNAYANG DIKARANG OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN, kita akan sambung pada post yang seterusnya,,,

wassalam..

Read More......

DOA-DOA SELEPAS WUDUK

Salam..
Kita sambung kembali perbincangan kita pada hari-hari yang lepas, kali ini kita akan membincangkan tentang doa-doa selepas wuduk
seperti yang ana katakan pada hari sebelumnya bahawa hanya terdapat dua doa yang diriwayatkan,dua doa tersebut adalah seperti yang terdapat dibawah,

DOA PERTAMA..

YANG MAFHUMNYA:
"WAHAI ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA KU DAN
PERLUASKANLAH TEMPAT TINGGALKU DAN BERKATILAH REZEKIKU"
(Riwayat al-nasai dan ibn sunni dengan sanad yang sahih)

bagaimanapun,ulama berbeza pandangan tentang doa tadi, adakah disebut semasa berwuduk atau selepasnya, imam al-nasai'i meletakkannya sesudah wuduk.

DOA KEDUA..

YANG MAFHUMNYA:
"Seorang sahabat berkata:Baginda Nabi s.a.w.
berdoa ketika mengambil air berdoa dan kemudian mengangkat kedua
dua tangan Baginda lalu berdoa: "ya ALLAH, ampunkanlah " Ubayd abi 'Amir.' sehingga aku nampak putihnya bawaah lengan Nabi, Nabi berdoa lagi. :Ya ALLAH kamu jadikan ia di hari kiamat melebihi kebanyakan manusia yang lain."
(Riwayat al-bukhari, 5/2345, bab doa ketika wuduk)

Namun demikian, sekali lagi ia difahami sebagai selepas wuduk kerana ia mengunakan lafaz:

mafhumnya:'kemudian (Baginda) mengangkat kedua-dua tangannya lalu berdoa ya ALLAH"

Ini menunjukkan ia dibaca selepas wuduk dan bukan semasa berwuduk. Demekianlah huraian oleh imam al-ainy.

Justeru, doa-doa lain yang disebut dalam kitab-kitab imam al-ghazali
terutamanya, sebenarnya bukanlah merupakan tatacara wuduk yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. oleh itu, tidak harus untuk menganggap bahawa tidak sempurna tanpanya, Namun, barangsiapa yang ingin melakukannya ia tidakla merosakkan wuduk,
solat tanpa wuduk atau tayamum (jika tiada air) adalah tidak sah
dan disepakati oleh semua ulama mazhab.

Demekianlah huraian mengenai bab doa selepas wuduk seperti mana yang diterangkan di dalam buku
(FORMULA SOLAT SEMPURNA.
OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN)

Read More......