menghadap kiblat


Salam...

Syukur kita kepada ALLAH S.W.T. kerana dapat bertemu kembali setelah lama tidak bertemu, maaf diatas kelewatan, disebabkan masalah tertentu baru hari ini ana dapat menulis, baiklah kita teruskan dengan tajuk diatas, Kali ini kita akan membincangkan sambungan daripada tajuk besar kita iaitu tatacara solat berkualiti, tajuk ini adalah tajuk kedua setelah tajuk yang pertama dahulu..iaitu menghadap kiblat.

(MENGHADAP KIBLAT)
DALIL MENGHADAP KIBLAT.
Firman ALLAH S.W.T. yang mafhumnya:

DAN DARI MANA SAHAJA ENGKAU KELUAR (UNTUK MENGERJAKAN SEMBAYANG), MAKA HADAPKANLAH MUKAMU KE ARAH MASJID AL-HARAM (KAABAH) : DAN SESUNGGUHNYA PERINTAH BERKIBLAT ITU KE KAABAH ITU ADALAH BENAR DARIPADA TUHANMU, DAN (INGATLAH ), ALLAH TIDAK SESEKALI LALAI AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.' ( SURAH AL-BAQARAH:149)

Ayat diatas jelas menunjukkan arahan ALLAH S.W.T. utuk mengahadapkan wajah ke arah kiblat ketika solat sama ada ketika bermukim atau pun sedang bermusafir "WAJAH" dalam ayat tadi membawa maksud muka dan tubuh, mata atau dada. sekiranya dalam keadaan bermusafir, terlampau sejuk ( seperti ribut salji, angin sejuk untuk berhadapan dengan kiblat), terikat, bahaya dan darurat-darurat lain, maka solat tetap sah jika tidak mampu menghadap kiblat...demikianlah keterangan daripada kitab FURMULA SOLAT SEMPURNAYANG DIKARANG OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN, kita akan sambung pada post yang seterusnya,,,

wassalam..

Read More......

DOA-DOA SELEPAS WUDUK

Salam..
Kita sambung kembali perbincangan kita pada hari-hari yang lepas, kali ini kita akan membincangkan tentang doa-doa selepas wuduk
seperti yang ana katakan pada hari sebelumnya bahawa hanya terdapat dua doa yang diriwayatkan,dua doa tersebut adalah seperti yang terdapat dibawah,

DOA PERTAMA..

YANG MAFHUMNYA:
"WAHAI ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA KU DAN
PERLUASKANLAH TEMPAT TINGGALKU DAN BERKATILAH REZEKIKU"
(Riwayat al-nasai dan ibn sunni dengan sanad yang sahih)

bagaimanapun,ulama berbeza pandangan tentang doa tadi, adakah disebut semasa berwuduk atau selepasnya, imam al-nasai'i meletakkannya sesudah wuduk.

DOA KEDUA..

YANG MAFHUMNYA:
"Seorang sahabat berkata:Baginda Nabi s.a.w.
berdoa ketika mengambil air berdoa dan kemudian mengangkat kedua
dua tangan Baginda lalu berdoa: "ya ALLAH, ampunkanlah " Ubayd abi 'Amir.' sehingga aku nampak putihnya bawaah lengan Nabi, Nabi berdoa lagi. :Ya ALLAH kamu jadikan ia di hari kiamat melebihi kebanyakan manusia yang lain."
(Riwayat al-bukhari, 5/2345, bab doa ketika wuduk)

Namun demikian, sekali lagi ia difahami sebagai selepas wuduk kerana ia mengunakan lafaz:

mafhumnya:'kemudian (Baginda) mengangkat kedua-dua tangannya lalu berdoa ya ALLAH"

Ini menunjukkan ia dibaca selepas wuduk dan bukan semasa berwuduk. Demekianlah huraian oleh imam al-ainy.

Justeru, doa-doa lain yang disebut dalam kitab-kitab imam al-ghazali
terutamanya, sebenarnya bukanlah merupakan tatacara wuduk yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. oleh itu, tidak harus untuk menganggap bahawa tidak sempurna tanpanya, Namun, barangsiapa yang ingin melakukannya ia tidakla merosakkan wuduk,
solat tanpa wuduk atau tayamum (jika tiada air) adalah tidak sah
dan disepakati oleh semua ulama mazhab.

Demekianlah huraian mengenai bab doa selepas wuduk seperti mana yang diterangkan di dalam buku
(FORMULA SOLAT SEMPURNA.
OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN)

Read More......

Salam.......

Ber
temu kita kembali setelah lama membisu, kerana hal-hal yang tertentu

maka baru hari ini kita dapat bertemu kembali,baiklah hari ini kita akan membincangkan tajuk yang baru iaitu cara-cara solat atau pun tatacara solat

(TATACARA SOLAT)

BERWUDUK..

ia berdasarkan fiman ALLAH S.W.T. yang mafhumnya..

(WAHAI OARANG YANG BERIMAN, APABILA KAMU HENDAK MENGERJAKAN SOLAT (PADAHAL KAMU BERHADAS KECIL), MAKA (BERWUDUKLAH), IAITU BASUHLAH MUKA KAMU, DAN KEDUA-DUA TANGAN KAMU MELIPUTI SIKU, DAN SAPULAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEPALA KAMU
DAN BASULAH KEDUA-DUA BELAH KAKI KAMU MELIPUTI BUKU LALI; DAN JIKA KAMU JUNUB (BERHADAS BESAR) MAKA BERSUCILAH DENGAN MANDI WAJIB, DAN JIKA KAM U SAKIT ( TIDAK BOLEH KENA AIR), ATAU DALAM PELAYARAN, ATAU SALAH SEORANG DARIPADA KAMU DATANG DARI TEMPAT
BUANG AIR, ATAU KAMU SENTUH PEREMPUAN, SEDANG KAMU TIDAK MENDAPAT AIR, (UNTUK WUDUK DAN MANDI) MAKA HANDAKLAH KAMU BERTAYAMUM DENGAN TANAH-DEBU YANG BERSIH, IAITU SAPULAH MUKA KAMU DAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN KAMU DENGAN TANAH-DEBU ITU, ALLAH TIDAK MAHU KAMU MENANGGUNG SUATU KESUSAHAN (KEPAYAHAN)
TETAPI IA HENDAK MEMBERSIHKAN (MENSUCIKAN) KAMU DAN HENDAK ,MENYEMPURNAKAN NIKMAT-NYA KEPADA KAMU, SUPAYA KAMU BERSYUKUR.
(SURAH AL-MA'IDAH:6)
Manakala Nabi S.A.W. juga bersabda:
yang mafhumnya

'TIDAK DITERIMA SOLAT TANPA WUDUK'
(RIWAYAT MUSLIM)

Adapun berkenaan doa-doa tententu semasa wuduk, seperti doa semasa membasuh muka,tangan dan sebagainya, hakikatnya, lafaz doa-doa ini tidaklah mempunyai sandaran dalil daripada Nabi S.A.W. hanya terdapat dua
doa yang diriwayatkan yang akan kita bincangkan pada tulisan yang akan datang..
wasalam..................

Read More......