menghadap kiblat


Salam...

Syukur kita kepada ALLAH S.W.T. kerana dapat bertemu kembali setelah lama tidak bertemu, maaf diatas kelewatan, disebabkan masalah tertentu baru hari ini ana dapat menulis, baiklah kita teruskan dengan tajuk diatas, Kali ini kita akan membincangkan sambungan daripada tajuk besar kita iaitu tatacara solat berkualiti, tajuk ini adalah tajuk kedua setelah tajuk yang pertama dahulu..iaitu menghadap kiblat.

(MENGHADAP KIBLAT)
DALIL MENGHADAP KIBLAT.
Firman ALLAH S.W.T. yang mafhumnya:

DAN DARI MANA SAHAJA ENGKAU KELUAR (UNTUK MENGERJAKAN SEMBAYANG), MAKA HADAPKANLAH MUKAMU KE ARAH MASJID AL-HARAM (KAABAH) : DAN SESUNGGUHNYA PERINTAH BERKIBLAT ITU KE KAABAH ITU ADALAH BENAR DARIPADA TUHANMU, DAN (INGATLAH ), ALLAH TIDAK SESEKALI LALAI AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.' ( SURAH AL-BAQARAH:149)

Ayat diatas jelas menunjukkan arahan ALLAH S.W.T. utuk mengahadapkan wajah ke arah kiblat ketika solat sama ada ketika bermukim atau pun sedang bermusafir "WAJAH" dalam ayat tadi membawa maksud muka dan tubuh, mata atau dada. sekiranya dalam keadaan bermusafir, terlampau sejuk ( seperti ribut salji, angin sejuk untuk berhadapan dengan kiblat), terikat, bahaya dan darurat-darurat lain, maka solat tetap sah jika tidak mampu menghadap kiblat...demikianlah keterangan daripada kitab FURMULA SOLAT SEMPURNAYANG DIKARANG OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN, kita akan sambung pada post yang seterusnya,,,

wassalam..

0 comments:

Post a Comment