DOA-DOA SELEPAS WUDUK

Salam..
Kita sambung kembali perbincangan kita pada hari-hari yang lepas, kali ini kita akan membincangkan tentang doa-doa selepas wuduk
seperti yang ana katakan pada hari sebelumnya bahawa hanya terdapat dua doa yang diriwayatkan,dua doa tersebut adalah seperti yang terdapat dibawah,

DOA PERTAMA..

YANG MAFHUMNYA:
"WAHAI ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA KU DAN
PERLUASKANLAH TEMPAT TINGGALKU DAN BERKATILAH REZEKIKU"
(Riwayat al-nasai dan ibn sunni dengan sanad yang sahih)

bagaimanapun,ulama berbeza pandangan tentang doa tadi, adakah disebut semasa berwuduk atau selepasnya, imam al-nasai'i meletakkannya sesudah wuduk.

DOA KEDUA..

YANG MAFHUMNYA:
"Seorang sahabat berkata:Baginda Nabi s.a.w.
berdoa ketika mengambil air berdoa dan kemudian mengangkat kedua
dua tangan Baginda lalu berdoa: "ya ALLAH, ampunkanlah " Ubayd abi 'Amir.' sehingga aku nampak putihnya bawaah lengan Nabi, Nabi berdoa lagi. :Ya ALLAH kamu jadikan ia di hari kiamat melebihi kebanyakan manusia yang lain."
(Riwayat al-bukhari, 5/2345, bab doa ketika wuduk)

Namun demikian, sekali lagi ia difahami sebagai selepas wuduk kerana ia mengunakan lafaz:

mafhumnya:'kemudian (Baginda) mengangkat kedua-dua tangannya lalu berdoa ya ALLAH"

Ini menunjukkan ia dibaca selepas wuduk dan bukan semasa berwuduk. Demekianlah huraian oleh imam al-ainy.

Justeru, doa-doa lain yang disebut dalam kitab-kitab imam al-ghazali
terutamanya, sebenarnya bukanlah merupakan tatacara wuduk yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. oleh itu, tidak harus untuk menganggap bahawa tidak sempurna tanpanya, Namun, barangsiapa yang ingin melakukannya ia tidakla merosakkan wuduk,
solat tanpa wuduk atau tayamum (jika tiada air) adalah tidak sah
dan disepakati oleh semua ulama mazhab.

Demekianlah huraian mengenai bab doa selepas wuduk seperti mana yang diterangkan di dalam buku
(FORMULA SOLAT SEMPURNA.
OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN)

0 comments:

Post a Comment