
Salam...
Syukur kita kepada ALLAH S.W.T. kerana dapat bertemu kembali setelah lama tidak bertemu, maaf diatas kelewatan, disebabkan masalah tertentu baru hari ini ana dapat menulis, baiklah kita teruskan dengan tajuk diatas, Kali ini kita akan membincangkan sambungan daripada tajuk besar kita iaitu tatacara solat berkualiti, tajuk ini adalah tajuk kedua setelah tajuk yang pertama dahulu..iaitu menghadap kiblat.
(MENGHADAP KIBLAT)
DALIL MENGHADAP KIBLAT.
Firman ALLAH S.W.T. yang mafhumnya:
DAN DARI MANA SAHAJA ENGKAU KELUAR (UNTUK MENGERJAKAN SEMBAYANG), MAKA HADAPKANLAH MUKAMU KE ARAH MASJID AL-HARAM (KAABAH) : DAN SESUNGGUHNYA PERINTAH BERKIBLAT ITU KE KAABAH ITU ADALAH BENAR DARIPADA TUHANMU, DAN (INGATLAH ), ALLAH TIDAK SESEKALI LALAI AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.' ( SURAH AL-BAQARAH:149)
Ayat diatas jelas menunjukkan arahan ALLAH S.W.T. utuk mengahadapkan wajah ke arah kiblat ketika solat sama ada ketika bermukim atau pun sedang bermusafir "WAJAH" dalam ayat tadi membawa maksud muka dan tubuh, mata atau dada. sekiranya dalam keadaan bermusafir, terlampau sejuk ( seperti ribut salji, angin sejuk untuk berhadapan dengan kiblat), terikat, bahaya dan darurat-darurat lain, maka solat tetap sah jika tidak mampu menghadap kiblat...demikianlah keterangan daripada kitab FURMULA SOLAT SEMPURNAYANG DIKARANG OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN, kita akan sambung pada post yang seterusnya,,,
wassalam..
Read More......
Salam..
Kita sambung kembali perbincangan kita pada hari-hari yang lepas, kali ini kita akan membincangkan tentang doa-doa selepas wuduk
seperti yang ana katakan pada hari sebelumnya bahawa hanya terdapat dua doa yang diriwayatkan,dua doa tersebut adalah seperti yang terdapat dibawah,
DOA PERTAMA..
YANG MAFHUMNYA:
"WAHAI ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA KU DAN
PERLUASKANLAH TEMPAT TINGGALKU DAN BERKATILAH REZEKIKU"
(Riwayat al-nasai dan ibn sunni dengan sanad yang sahih)
bagaimanapun,ulama berbeza pandangan tentang doa tadi, adakah disebut semasa berwuduk atau selepasnya, imam al-nasai'i meletakkannya sesudah wuduk.
DOA KEDUA..
YANG MAFHUMNYA:
"Seorang sahabat berkata:Baginda Nabi s.a.w.
berdoa ketika mengambil air berdoa dan kemudian mengangkat kedua
dua tangan Baginda lalu berdoa: "ya ALLAH, ampunkanlah " Ubayd abi 'Amir.' sehingga aku nampak putihnya bawaah lengan Nabi, Nabi berdoa lagi. :Ya ALLAH kamu jadikan ia di hari kiamat melebihi kebanyakan manusia yang lain."
(Riwayat al-bukhari, 5/2345, bab doa ketika wuduk)
Namun demikian, sekali lagi ia difahami sebagai selepas wuduk kerana ia mengunakan lafaz:
mafhumnya:'kemudian (Baginda) mengangkat kedua-dua tangannya lalu berdoa ya ALLAH"
Ini menunjukkan ia dibaca selepas wuduk dan bukan semasa berwuduk. Demekianlah huraian oleh imam al-ainy.
Justeru, doa-doa lain yang disebut dalam kitab-kitab imam al-ghazali
terutamanya, sebenarnya bukanlah merupakan tatacara wuduk yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. oleh itu, tidak harus untuk menganggap bahawa tidak sempurna tanpanya, Namun, barangsiapa yang ingin melakukannya ia tidakla merosakkan wuduk,
solat tanpa wuduk atau tayamum (jika tiada air) adalah tidak sah
dan disepakati oleh semua ulama mazhab.
Demekianlah huraian mengenai bab doa selepas wuduk seperti mana yang diterangkan di dalam buku (FORMULA SOLAT SEMPURNA.
OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN)
Read More......
Salam.......
Bertemu kita kembali setelah lama membisu, kerana hal-hal yang tertentu
maka baru hari ini kita dapat bertemu kembali,baiklah hari ini kita akan membincangkan tajuk yang baru iaitu cara-cara solat atau pun tatacara solat
(TATACARA SOLAT)
BERWUDUK..
ia berdasarkan fiman ALLAH S.W.T. yang mafhumnya..
(WAHAI OARANG YANG BERIMAN, APABILA KAMU HENDAK MENGERJAKAN SOLAT (PADAHAL KAMU BERHADAS KECIL), MAKA (BERWUDUKLAH), IAITU BASUHLAH MUKA KAMU, DAN KEDUA-DUA TANGAN KAMU MELIPUTI SIKU, DAN SAPULAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEPALA KAMU
DAN BASULAH KEDUA-DUA BELAH KAKI KAMU MELIPUTI BUKU LALI; DAN JIKA KAMU JUNUB (BERHADAS BESAR) MAKA BERSUCILAH DENGAN MANDI WAJIB, DAN JIKA KAM U SAKIT ( TIDAK BOLEH KENA AIR), ATAU DALAM PELAYARAN, ATAU SALAH SEORANG DARIPADA KAMU DATANG DARI TEMPAT
BUANG AIR, ATAU KAMU SENTUH PEREMPUAN, SEDANG KAMU TIDAK MENDAPAT AIR, (UNTUK WUDUK DAN MANDI) MAKA HANDAKLAH KAMU BERTAYAMUM DENGAN TANAH-DEBU YANG BERSIH, IAITU SAPULAH MUKA KAMU DAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN KAMU DENGAN TANAH-DEBU ITU, ALLAH TIDAK MAHU KAMU MENANGGUNG SUATU KESUSAHAN (KEPAYAHAN)
TETAPI IA HENDAK MEMBERSIHKAN (MENSUCIKAN) KAMU DAN HENDAK ,MENYEMPURNAKAN NIKMAT-NYA KEPADA KAMU, SUPAYA KAMU BERSYUKUR.
(SURAH AL-MA'IDAH:6)
Manakala Nabi S.A.W. juga bersabda:
yang mafhumnya
'TIDAK DITERIMA SOLAT TANPA WUDUK'
(RIWAYAT MUSLIM)
Adapun berkenaan doa-doa tententu semasa wuduk, seperti doa semasa membasuh muka,tangan dan sebagainya, hakikatnya, lafaz doa-doa ini tidaklah mempunyai sandaran dalil daripada Nabi S.A.W. hanya terdapat dua
doa yang diriwayatkan yang akan kita bincangkan pada tulisan yang akan datang..
wasalam..................
Read More......
SALAM..
Alhamdulillah,kita dapat meneruskan kehidupan kita hari ini,
suatu hidup yang dianugerakan oleh ALLAH S.W.T. kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH, walaupun kadang-kalah apa yang kita hajati itu tidak tercapai, sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat si hamba,
Baikla kita akan meneruskan pengajian kita hari ini pada bab yang seterusnya iaitu bab "perkara yang membatalkan solat"suatu bab yang akan menerangkan tentang perkara-perkara yang akan membatalkan solat seseornag yang sedang solat,
Menurut mazhab syafi'i dan lain-lain perkara yang membatalkan solat adalah seperti di bawah.
(PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT)
1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan, atau sengaja
di tinggalkan.
2. Berlaku hadas kecil dan hadas besar.
3. Terkena najis secara langsung yang tidak dapat dimaafkan pada
badan, pakaian, atau tempat solat.
4. Berkata-kata dengan percakapan luar solat, dengan 2 perkataan
yang boleh difahami.
5. Terbuka auratnya dengan sengaja sehinggakelihatan 1|4 daripada
anggota wuduknya, walau bagaimanapun, sekiranya dengan
pantas menutupnya kembali, maka tidak membatalkan solat
menurut mazhab syafi'i dan hambali.
6. Makan minum, walaupun hanya sedikit kerana ia bertentangan
dengan sifat solat, Solat juga batal jika makan dengan banyak
walaupun dalam keadaan terlupa, demikian menurut al-syafi'i
dan hambali.
7. Mengubah niat ketika sedang solat, misalnya berniat memutuskan
solat.
8. Bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali seperti melangkah
atau berjalan, demikian menurut mazhab syafi'i, maksud berturut-
turut" ialah apabila dikira setiap pergerakan terpisah dengan yang
lain. bagaimanapun pergerakan yang sedikit tidak membatalkan
solat, berdalilkan kepada tindakan Nabi s.a.w. yang pernah mem-
buka pintu untuk Aisyah semasa baginda sedang solat.
Baginda pernah juga mendukung cucuhnya yang bernama Umamah
yang mana semasa solat, Nabi s.a.w. meletakkannya di tepi ketika
sujud dan apabila ingin bangkit berdiri, Nabi s.a.w. kembali
mendukungnya. (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim)
9. Membelakangi kiblat, Menukarkan arah dada dari kiblat tanpa
uzur yang kuat, menurut hanafi dan syafi'i. maliki mempunyai
pandangan lain.
10. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud
11. Tertawa terbahak-bahak. senyum tidak membatalkan solat.
12. Mendahului imamnya.
13. MURTAD (terkeluar dari agama islam)
Demikianla info tentang perkara-perkara yang membatalkan solat secara ringkas, untuk mengetahui dengan lebih lanjut silahla hadiri kelas-kelas pengajian agama yang berhampiran dengan rumah anda, atau dari ustaz-ustaz yang berada di kawasan anda, semoga info diatas dapat membantu dalam perlakuan solat kita sehari-hari, sekian dahulu untuk hari ini,
WASALAM.....................
Read More......
salam....
Bertemu kita kembali pada hari ini, ini bermakna kita masih lagi akan meneruskan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini, kita akan meneruskan pengajian kita hari ini pada bab-bab rukun solat,setelah kita mengetahui serba sedikit tentang syarat-syarat sah solat pada dua hari yang lepas, baiklah mari kita mulakan bab yang seterusnya ini,
(RUKUN-RUKUN SOLAT)
Kesemua empat mazhab utama dalam fiqh islam seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali bersepakat dalam enam rukun solat sahaja.
(6 RUKUN SOLAT)
1. Takbiratulihram
2. Berdiri (bagi yang berkemampuan)
3. Membaca ayat al-qur'an
4. Rukuk
5. Bangkit daripada rukuk dan iktidal
6. Sujud dua kali bagi setiap rakaat
Manakala baki rukun-rukun yang lain ada terdapat perbezaan pandangan di kalangan mereka seperti di bawah.
(RUKUN-RUKUN YANG TERDAPAT PERBEZAAN)
A. Duduk antara dua sujud. Rukun menurut jumhur, hanya wajib di sisi mazhab hanafi.
B. Duduk tahiyat awal sehingga selawat Nabi, Rukun dan wajib di sisi mazhab syafi'i dan hambali, Mazhab hanafi dan maliki hanya mewajibkan duduk sebentar sekadar tasyahud sahaja.
C. Lafaz salam. Salam pertama adalah rukun dan fardu di sisi mazhab syafi'i dan hambali, Namun hanya wajib disisi hanafi.
D. Tamaknina dalam perbuatan tertentu, Rukun di sisi jumhur dalam rukuk, iktidal, sujud, dan duduk antara dua sujud, Wajib menurut hanafi.
E. Tertib rukun. Rukun di sisi jumhur kecuali hanafi.
(RUKUN SOLAT MENURUT MAZHAB SYAFI'I)
1. Niat
2.Takbiratulihram
3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardu, dan bagi yang
tidak berkuasa disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukanya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat.
4. Membaca surah al-fatiha pada setiap rakaat.
5. Rukuk dengan tamaknina.
6. Iktidal dengan tamaknina.
7. Sujud dua kali dengan tamaknina.
8. Duduk antara dua sujud dengan tamaknina.
9. Duduk tasyahud akhir dengan tamaknina.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir.
12. Membaca salam yang pertama.
13. Tertib, ertiya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun
tersebut.
Diharap info diatas dapat memberi manfaat untuk kita semua,sekian dahulu untuk hari ini, InsyaALLAH, kita akan bertemu pada esok hari,
wasalam
Read More......

salam..............
Bertemu kembali,diharap antum semua sihat hendaknya,dan kepada yang telah membaca artikel yang sebelum ini diharap info tersbut dapat memberi manfaat kepada antum semua.apabila kita telah mengetahui,tempat-tempat yang dilarang solat padanya maka kita wajib pula mengetahui syarat-syarat sah solat seseorang itu,kerana apabila kita tidak mengetahui syarat-ayarat tersebut perbuatan kita melakukan solat itu akan menjadi sia-sia..
Secara ringkasnya, berikut ialah cyarat-syarat sah solat...
(SYARAT-SYARAT SAH SOLAT)
(1) Beragama islam
(2) Baligh
(3) Suci daripada hadas,kecil atau besar
(4) Suci seluruh angota badan, pakaian dan tempat.
(5) Menutup aurat, Aurat bagi wanita, seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangannya, Bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
(6) Telah masuk waktu yang telah ditentukan.
(7) Menghadap kearah kiblat.
info diatas adalah syarat-syarat sah solat yang ringkat diharap dapat memberi manfaat kepada kita semua, info diatas dipetik daripada buku ( FORMULA SOLAT SEMPURNA YANG DIKARANG OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD, RAHMAN)
Wasalam......
m
Read More......