Salam
bertemu kita kembali hari ini ana akan berkongsi dengan antum semua tentang maklumat-maklumat asas berkaitan solat, pada asalnya, seluruh bumi yang suci dan tiada najis yang jelas, boleh dijadikan tempat solat, berdalilkan kepada hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud

"Aku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada mana-mana Nabi sebelumku....(salah satu dari lima itu)....dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci, maka dimana sahaja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya". (Riwayat al-bukhari dan muslim) Bagaimana pun terdapat ulama yang menyebut beberapa tempat yang dilarang solat padanya..
Tempat Larangan Bersolat
a).Tempat pembuangan najis atau tempat najis b).Tempat penyembelihan binatang bagi mengelak najis binatang c).Kawasan perkuburan, bagi mengelakkan najis dan menghadap kubur d).Di tengah-tengah jalan raya, kerana hati akan sentiasa sibukkan orang dan kenderaan yang lalu-lalang e).Bilik air, kerana tempat perlindungan syaitan. f).Tempat perteduhan binatang, kerana baunya yang kuat akan menganggu solat. g).Di atas kaabah. menurut Imam al-tirmizi, beberapa hadis yang menyebut larangan solat di tempat-tempat di atas adalah lemah dan terdapat juga beberapa hadis sahih yang diriwayatjan oleh Imam Muslim seperti larangan secara khusus untuk solat di tempat perteduhan unta. kesimpulan dan pandangan yang dipilih ialah pendapat yang menggabungkan kedua-dua kumpulan hadis, maka hukum yang terpilih ialah, hadis-hadis yang melarang, membawa hukum makruh sahaja dan tidak sampai haram dan hadis dalam bentuk umum yang menyebut seluruh bumi boleh dijadikan tempat solat terpakai di semua tempat, kecuali yang tidak sah solat kerana najis yang jelas sahaja.. seperti yang antum semua telah daca diatas maka jelasla kawasan-kawasan yang boleh ditunaikan solat padanya...diharap info diatas dapat kita gunakan sebaiknya,,, info diatas berdasarkan buku (FORMULA SOLAT SEMPURNA) oleh USTAZ ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN..

0 comments:

Post a Comment