salam....

Bertemu kita kembali pada hari ini, ini bermakna kita masih lagi akan meneruskan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini, kita akan meneruskan pengajian kita hari ini pada bab-bab rukun solat,setelah kita mengetahui serba sedikit tentang syarat-syarat sah solat pada dua hari yang lepas, baiklah mari kita mulakan bab yang seterusnya ini,
(RUKUN-RUKUN SOLAT)

Kesemua empat mazhab utama dalam fiqh islam seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali bersepakat dalam enam rukun solat sahaja.

(6 RUKUN SOLAT)

1. Takbiratulihram
2. Berdiri (bagi yang berkemampuan)
3. Membaca ayat al-qur'an
4. Rukuk
5. Bangkit daripada rukuk dan iktidal
6. Sujud dua kali bagi setiap rakaat

Manakala baki rukun-rukun yang lain ada terdapat perbezaan pandangan di kalangan mereka seperti di bawah.

(RUKUN-RUKUN YANG TERDAPAT PERBEZAAN)

A. Duduk antara dua sujud. Rukun menurut jumhur, hanya wajib di sisi mazhab hanafi.
B. Duduk tahiyat awal sehingga selawat Nabi, Rukun dan wajib di sisi mazhab syafi'i dan hambali, Mazhab hanafi dan maliki hanya mewajibkan duduk sebentar sekadar tasyahud sahaja.
C. Lafaz salam. Salam pertama adalah rukun dan fardu di sisi mazhab syafi'i dan hambali, Namun hanya wajib disisi hanafi.
D. Tamaknina dalam perbuatan tertentu, Rukun di sisi jumhur dalam rukuk, iktidal, sujud, dan duduk antara dua sujud, Wajib menurut hanafi.
E. Tertib rukun. Rukun di sisi jumhur kecuali hanafi.

(RUKUN SOLAT MENURUT MAZHAB SYAFI'I)

1. Niat
2.Takbiratulihram
3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardu, dan bagi yang
tidak berkuasa disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukanya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat.
4. Membaca surah al-fatiha pada setiap rakaat.
5. Rukuk dengan tamaknina.
6. Iktidal dengan tamaknina.
7. Sujud dua kali dengan tamaknina.
8. Duduk antara dua sujud dengan tamaknina.
9. Duduk tasyahud akhir dengan tamaknina.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir.
12. Membaca salam yang pertama.
13. Tertib, ertiya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun
tersebut.

Diharap info diatas dapat memberi manfaat untuk kita semua,sekian dahulu untuk hari ini, InsyaALLAH, kita akan bertemu pada esok hari,
wasalam



















































































1 comments:

SALAM KUNJUNGAN SULUNG...TERUSKAN BERDAKWAH

Post a Comment