hanya sebagai renungan


salam...

Hari jumaat tiba lagi...hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan, tak kira di mana,siapa atau bagaimana,setiap dari kita sentiasa menunggu sesuatu,bagi kaum muslimin hari jumaat adalah hari yang sangat istimewa,kerana hari jumaat adalah penghulu bagi hari,atau dalam bahasa kasarnya(bos). Salah satu keistimewaan hari jumaat adalah, terdapatnya satu waktu pada hari tersebut yang di makbulkan doa,dan hari jumaat juga adalah hari penghapus bagi dosa yang dilakukan di sepanjang minggu tersebut,dengan syarat-syarat yang tertentu, tentula yang dimaksudkan disini adalah dosa-dosa kecil, kerana dosa besar hanya dapat dihapuskan dengan taubat nasuha, iaitu taubat yang sesungguhnya.insyaALLAH pada tulisan yang akan datang ana akan huraikannya, Bagi yang bekerja pula, hari jumaat adalah hari terakhir bekerja sepanjang minggu tersebut, walaupun kita dapati ada yang masih bekerja keesokannya, dan bagi pelajar pula, hari tersebut adalah hari terakhir untuk datang ke sekolah sepanjang minggu tersebut, kerana keesokannya adalah cuti,dan begitulah seterusnya,,, Setiap daripada kita sentiasa menunggu sesuatu,samada yang kita tunggu itu tiba atau tidak, berlalunya satu hari lagi, kita semakin dewasa dan umur kita semakin bertambah, manakalah hayat kita di dunia pula semakin pendek, samada kita sedar atau tidak, makhluk ALLAH yang bernama malaikat maut sentiasa menunggu arahan dari ALLAH untuk mencabut nyawa kita,samada kita bersedia atau tidak, maut akan datang pada bila-bila masa, ia nya tak dapat di tangguh atau di dahulukan, beruntungla bagi mereka yang mengunakan harinya atau hayatnya dengan amalan-amalan yang baik, kerana merekalah yang akan mendapat ganjaran yang baik pula,renungkanla wahai sahabat-sahabatku,

0 comments:

Post a Comment