salam..
bertemu kita kembali..apabila kita perhatikan keadaan masyarakat kita sekarang ini, kita dapati masyarakat kita telah membangun dari segi pembangunan. kemajuan boleh dilihat di mana-mana, sedar tidak sedar kita telah jauh berubah dari segi pembangunan dan kemajuan, bidang internet telah berkembang dengan pesatnya, masyarakat kita boleh mendapat maklumat dari berbagai tempat hanya dengan hanya satu klik,
tetapi kemajuan dan pembangunan yang kita banggakan ini telah membawa kepada satu keruntuhan pula, keruntuhan yang dimaksudkan ini adalah keruntuhan akhlak, dan ini bukanla suatu fenomena yang baru, fenomena ini telah lama berlaku, perhatikan sahaja negara yang telah lebih dahulu membangun dari negara kita ini, kita dapati moral mereka telah runtuh sama sekali, amerika sebagai contoh yang paling utama kerana mereka boleh dikatakan sebagai masyarakat yang atau negara polis suatu masa dahulu, apa yang kita dapati dari mereka? pembangunan dan keruntuhan, tidak lain hanya itu,
dan kita bandingkan pula dengan zaman kegemilangan islam, kita dapati pembangunan dan kemajuan yang sangat luar biasa, pembangunan dan kehebatan akhlak berjalan seiring sehingga melahirkan banyak ulama, dan ini bukanlah mustahil untuk kita kecapi kembali, yang pentingnya sekarang kita wajib untuk pandai mengunakan kemajuan sesuai dengan kehendak islam, bukannya kehendak kita, walau apapun bentuk kemajuan itu ia wajibla disesuaikan dengan islam, bukannya islam disesuaikan dengan kemajuan, kerana islam adalah satu-satunya agama yang menjadi fitrah kepada manusia,

1 comments:

benar sekali...diharap pada masa yang akan datang saudara dapat memberikan lagi info-info yang berguna untuk kita semua yang baru memeluk islam,khususnya di sabah ini...

Post a Comment