PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

SALAM..

Alhamdulillah,kita dapat meneruskan kehidupan kita hari ini,
suatu hidup yang dianugerakan oleh ALLAH S.W.T. kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH, walaupun kadang-kalah apa yang kita hajati itu tidak tercapai, sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat si hamba,

Baikla kita akan meneruskan pengajian kita hari ini pada bab yang seterusnya iaitu bab "perkara yang membatalkan solat"suatu bab yang akan menerangkan tentang perkara-perkara yang akan membatalkan solat seseornag yang sedang solat,

Menurut mazhab syafi'i dan lain-lain perkara yang membatalkan solat adalah seperti di bawah.

(PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT)

1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan, atau sengaja
di tinggalkan.
2. Berlaku hadas kecil dan hadas besar.
3. Terkena najis secara langsung yang tidak dapat dimaafkan pada
badan, pakaian, atau tempat solat.
4. Berkata-kata dengan percakapan luar solat, dengan 2 perkataan
yang boleh difahami.
5. Terbuka auratnya dengan sengaja sehinggakelihatan 1|4 daripada
anggota wuduknya, walau bagaimanapun, sekiranya dengan
pantas menutupnya kembali, maka tidak membatalkan solat
menurut mazhab syafi'i dan hambali.
6. Makan minum, walaupun hanya sedikit kerana ia bertentangan
dengan sifat solat, Solat juga batal jika makan dengan banyak
walaupun dalam keadaan terlupa, demikian menurut al-syafi'i
dan hambali.
7. Mengubah niat ketika sedang solat, misalnya berniat memutuskan
solat.
8. Bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali seperti melangkah
atau berjalan, demikian menurut mazhab syafi'i, maksud berturut-
turut" ialah apabila dikira setiap pergerakan terpisah dengan yang
lain. bagaimanapun pergerakan yang sedikit tidak membatalkan
solat, berdalilkan kepada tindakan Nabi s.a.w. yang pernah mem-
buka pintu untuk Aisyah semasa baginda sedang solat.
Baginda pernah juga mendukung cucuhnya yang bernama Umamah
yang mana semasa solat, Nabi s.a.w. meletakkannya di tepi ketika
sujud dan apabila ingin bangkit berdiri, Nabi s.a.w. kembali
mendukungnya. (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim)
9. Membelakangi kiblat, Menukarkan arah dada dari kiblat tanpa
uzur yang kuat, menurut hanafi dan syafi'i. maliki mempunyai
pandangan lain.
10. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud
11. Tertawa terbahak-bahak. senyum tidak membatalkan solat.
12. Mendahului imamnya.
13. MURTAD (terkeluar dari agama islam)

Demikianla info tentang perkara-perkara yang membatalkan solat secara ringkas, untuk mengetahui dengan lebih lanjut silahla hadiri kelas-kelas pengajian agama yang berhampiran dengan rumah anda, atau dari ustaz-ustaz yang berada di kawasan anda, semoga info diatas dapat membantu dalam perlakuan solat kita sehari-hari, sekian dahulu untuk hari ini,

WASALAM.....................




0 comments:

Post a Comment