salam...

kita sering mendengar para remaja hari ini berkata (kita masih muda nikmatilah hidup, nanti da tua barulah bertaubat) apakah sebenarnya yang difikirkan oleh golomgan remaja kita sekarang?adakah mereka hanya memikirkan keseronokan?atau sekadar ingin memuaskan nafsu yang sememangnya tak pernah puas..ada yang mengatakan zaman remaja hanya sekali, jadi apa salahnya berseronok sebentar..mereka dikhayalkan atau disogokkan dengan pelbagai macam hiburan, yang datangnya dari pelbagai sudut, tanpa ada perasaan malu mereka bercampur gaul diantara satu sama lain, atau lebih muda difahami pergaulan bebas, sehinggahkan ada di kalangan remaja yang melakukan zina, yang menyedihkan adalah terdapatnya golongan remaja yang sanggup membuang bayi semata-mata untuk menutup aib, kita dapati bahawa golongan remaja perempuanla yang sangat rugi dalam hal ini, kesucian telah tiada, pakwe yang kononnya sangat disayangi atau dicintai pula cabut lari setela mendapat apa yang dihajati...inikah sikap para remaja yang kita harapkan untuk memimpin kita pada masa yang akan datang? apakah usaha yang telah kita lakukan untuk membimbing mereka ini kembali kepada ajaran agama? pada jalan yang lurus? ini remaja wahai sahabat mereka perlukan bimbingan, apalah gunanya sekolah-sekolah agama yang dibangunkan oleh kerajaan sekiranya tidak dapat melahirkan golongan remaja yang dapat membimbing dirinya dan orang lain pada kebaikan? wahai sahabat-sahabat ku para remaja, ambillah masa sebentar untuk merenungi diri, tanyalah pada diri, adakah ini yang kita mahukan dalam hidup kita? sentiasa dalam noda dan bergelumang dengan dosa? adakah kita akan dapat menjadi tua? atau sempatkah kita bertaubat sebelum ajal kita menjelang tiba?

0 comments:

Post a Comment